Version: English
Pertama sekali, perlulah difahami bahawa matlamat hijrah bukanlah untuk melepaskan diri dari menghadapi tekanan, penindasan dan ejekan semata-mata, tetapi ia bertujuan untuk membina masyarakat dan negara di negeri yang diizinkan.
Bersesuaian dengan matlamat tersebut, hijrah menjadi satu tuntutan fardhu 'ain bagi tiap-tiap orang yang mampu dan mestilah mengembelingkan tenaga bagi mencapai matlamat yang telah digariskan.
Rasulullah s.a.w yang menjadi ketua bagi missi hijrah ini merupakan seorang pemimpin yang sentiasa menerima hidayah dan wahyu dari Allah s.w.t dalam menghadapi sebarang keadaan dan kemungkinan.
Baginda bukan sahaja sebagai imam dalam melakukan syi'ar ibadat seperti yang difahami oleh orang-orang yang tidak faham mengenai kesyumulan Islam. |