Version: English
Dalam setengah-setengah keadaan kata-kata Tok Guru sudah menjadi ringkas. Ia padat seperlunya, justeru ia mengusung makna hikmah yang berlapis, kesan jalan ilmu berliku yang ditempuhinya.
Ia sudah bernilai metafisika. Bagaikan madah dan kata-kata falsafah seperti yang pernah disebut Gothe, kata-kata yang bernilai sedemikian disebut begini : "The weeding out of all teh unnecessary details and left us the GIST the essentials-the proverbs. They are the wisdom of the ages in the fewest words."
Kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz kadang-kadang sudah mencecah nilai-nilai klasik sezaman yang boleh diuji dan tahan uji.
Kami tidak mahu mengatakan buku ini terbaik, tetapi kami boleh berani katakan yang ia lebih baik daripada mana-mana buku himpunan kata-kata orang besar-besar dunia.
Ini semata-mata kerana kata-kata beliau kukuh bersandar. Jika ia sehimpun kayu, duduknya terletak. Di sana ada Allah dan bahu Rasul-Nya yang sedia menanggung. |