Version : Malay
Secara keseluruhannya, maka dapat disimpulkan dari buku ini bahawa hadith-hadith Rasulullah itu telah diriwayatkan melalui lisan dan tulisan sejak awalnya.
Ini sekaligus menolak pendapat kaum orientalis yang mengatakan bahawa kebanyakan literature hadith didasarkan pada penyampaian oral yang berisiko dengan pemalsuan dan penyimpangan dalam periwayatan.
Dengan itu juga pendapat mereka yang menyatakan bahawa literature hadith baru muncul 200 tahun setelah Rasulullah wafat adalah tidak mempunyai dasar yang kuat dalam sejarah hadith itu sendiri. |