Version : Malay
Para da'i yang benar-benar ikhlas dan berazam hendak menyebarkan risalah Islam wajarlah sentiasa mengingati bahawa medan amal mereka ini bukanlah kegiatan memenuhi masa lapang yang boleh dibuat secara sambil lewa, dan membiarkan diri dan amal mereka dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang sentiasa berubah.
Sebaliknya seorang da'i perlu menginsafi bahawa mereka sedang membawa satu amanah yang amat besar lagi berharga, satu tugas paling mulia yang kerananya nabi-nabi dan rasul-rasul diutuskan.
Para da'i akan bertemu dalam risalah ini dengan panduan-panduan khususnya mengenai kepimpinan (qiyadah) dan tanzim yang sangat berguna dalam medan amal Islami yang sejak akhir-akhir ini mendapat perhatian dari segala pihak dan tidak sunyi dari pendengaran kita di mana terdapat golongan yang turut melebelkan perbuatan mereka sebagai amal Islami sedangkan asas-asas, kandungan, kaedah dan matlamatnya, segala-galanya adalah asing dari Islam. |