Version : Malay
Buku ini adalah salah satu daripada hasil pandangan beliau terhadap keadaan semasa yang berlaku di kalangan Gerakan Da'wah Islamiyyah yang berkembang pesat pada masa ini, hasil daripada kebangkitan semula Islam.
Dunia Islam kini menghadapi berbagai-bagai masalah terutamanya masalah perpecahan yang dicetuskan oleh musuh-musuh Islam.
Juga timbul keadaan ketidakseragaman di dalam gerak-kerja di medan da'wah Islamiyyah dalam sesebuah negara umat Islam.
Gejala yang disebutkan ini benar-benar dirasai dan dapat dilihat dengan nyata.
Di dalam buku ini pengarang menyarankan agar seluruh Gerakan Islam di dalam sesebuah negara dapat menyatukan gerak-kerja masing-masing supaya tenaga dan usaha orang-orang Islam keseluruhannya dapat dimanfaatkan dengan cara yang terbaik dan teratur.
Beliau mengharapkan adanya kesatuan dalam amal Islami dalam usaha mewujudkan sebuah Daulah dan Khilafah Islamiyyah yang ada di dalamnya terlaksana syari’at Allah di atas muka bumi ini. |