Versi: Bahasa Melayu
Buku ini mengupas hampir kesemua persoalan, berdasarkan pengalaman peribadi hamba Allah bernama Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim.
Sebagaimana bukunya yang terdahulu, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman, buku ini juga mengundang pelbagai perasaan.
Penulisan yang disertai dengan roh dan keinsafan serta ketakutan benar-benar menyentuh perasaan bagi sesiapa yang melihat dengan mata hati. - Norhayati binti Ramlee, Wartawan MIDI
Aturan ayat dan frasa kata yang mudah, tetapi menyentuh dan terkesan adalah jalinan cerita persis teguran sayang dan ajakan kasih kepada pembaca yang betul-betul tulus berfikir dan mengambil iktibar. - Che Zuina Ismail, Ketua Pusat Pemikiran&Kefahaman Islam, UTM Johor.
Penceritaan bersahaja yang disampaikan secara tidak langsung mencabar minda kita supaya bersama-sama menyumbang dalam usaha meneguhkan lagi kefahaman berhubung Islam di mana juga kita berada. - Imran Abdullah, Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Paris, Perancis. |