Versi: Bahasa Melayu
"Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba.
Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran golongan bangsawan." - Lane-poole, Ahli Sejarah Inggeris.
"Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah.
Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadi beliau menyuruhnya berbuka." - Ibnu Shaddad, Ahli Sejarah Islam. |