Version: Malay
Ibu.. doanya adalah penawar
dan juga racun berbisa..
Ibarat mata pisau yang tajam
Buat melakar masa depan yang gemilang.. buat anak tercinta
dan menghancurkan masa depan.. buat anak derhaka..
Doa ibu setanding dengan doa nabi untuk umatnya, membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah sepanjang zaman.
Justeru setiap anak wajib mentaati, menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insan mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.
Buku ini merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.
Sharing
Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa.
Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini.
Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini.
Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. |