Version: Malay
Wasiat Luqman Al-Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak.
Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat.
Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular.
Apa pun buku WASIAT LUQMAN AL-HAKIM ini menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya.
Bagaimana Menggunakan Buku Ini
- Hafalkan surah Luqman ayat 12-19. Minta anak-anak anda menghafalnya.
- Apabila telah hafal baca dengan kuat dalam solat Subuh, Maghrib dan Isyak.
- Fahamkan maknanya dan pengajarannya.
- Jadikan bahan dalam buku ini sebagai tazkirah.
- Ambil bahan dari buku ini untuk mengisi blog dan laman web anda serta anak-anak anda.
- Hadiahkan buku ini kepada anak-anak, anak buah dan pelajar, kepada bos, kakitangan di pejabat atau dalam organisasi.
- Sebagai hadiah untuk pengantin baru.
- Ulang baca berkali-kali.
|